بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,Ya Tuhan kami,
panjangkanlah umur kami,sihatkanlah tubuh badan kami,
terangkanlah hati kami, tetapkanlah kami dalam keimanan,
perelokkanlah akhlak kami,hampirkan diri kami kepada kebaikan,
murahkan rezeki kami,dan jauhkan diri kami daripada kejahatan,
tunaikanlah hajat kami,mengenai urusan agama dunia & akhirat..
Ya Allah,wahai Tuhan kami,
bebaskan diri kami,ibu bapa kami,saudara mara kami, dan seluruh keluarga kami,
daripada azab seksa kubur & azab sengsara neraka..
ameen..

Wednesday, May 6, 2015

tanpa cinta itu..

hari ini aku menangis dan terus menangis..
dan pastinya tidak akan terus puas andai air mata hilang tanpa mengalir dipipi..
semalam,aku jatuh..tersungkur..
sehingga lutut ini dialiri darah merah..
aku cuba untuk bangun,cuba untuk mencari semangat..
namun ia tidak pernah berhasil..

ya! aku kehilangan cinta itu,
aku yang hancurkan setiap bunga2 cinta itu..
dan bila cinta itu pergi,
aku lemah,aku tidak berdaya lagi..
aku gagal,
aku gagal menghargai sebuah cinta itu..

kelmarin,aku bahagia menerima segudang cinta itu,
aku dapat merasai indah cinta itu,
dan hari2 ku amat indah dengan semangat dan senyuman..
setiap saat cinta itu membantu dan menemani aku menjalani kehidupan..
mengajar aku erti kesabaran..
namun...
aku lupa! aku khilaf!
aku tidak pernah bersyukur dengan anugerah cinta itu..

dan esok,
aku masih menangis kerana aku masih lagi tidak mapu berdiri setelah tersungkur..
namun dihadapanku,
hadirnya seorang berhati mulia menghulurkan tangan.
Alhamdulillah,
aku masih dibantu..!
ya Allah,aku masih dibantu!
aku bisa berdiri kembali..
dikesat air matakuyang masih mengalir..
senyuman itu menyulam..
hilang....

aku kembali mencari jawapan,
adakah itu cinta..?
aku terpaut..
aku tidak pernah mengira,
Dia masih lagi menghantar pertolongan,
menghantar segelas rindu buatku yang telah khilaf..

baru kini aku terfikir,
baru kini aku sedari,
baru kini aku hargai,
TANPA CINTA ITU,aku lemah..
TANPA CINTA ITU,aku dalam kesusahan,
dan TANPA CINTA ITU juga aku tidak mampu tempuhi ujian tuhan..


YA ALLAH,
ANUGERAHKAN CINTA-MU BUATKU,
KUATKAN BENTENG CINTA-MU DIHATI,
SESUNGGUHNYA AKU BENAR2 MERINDUI CINTA & KASIH-MU,
TEMUI AKU DENGAN CINTA-MU,
KERANA TANPA CINTA-MU AKU LEMAH TAK BERMAYA..
AMINN..!


yg merindui cinta RAB,
Mahabbah Athirah
27/01/11 4.54 pm

No comments :

Post a Comment