بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,Ya Tuhan kami,
panjangkanlah umur kami,sihatkanlah tubuh badan kami,
terangkanlah hati kami, tetapkanlah kami dalam keimanan,
perelokkanlah akhlak kami,hampirkan diri kami kepada kebaikan,
murahkan rezeki kami,dan jauhkan diri kami daripada kejahatan,
tunaikanlah hajat kami,mengenai urusan agama dunia & akhirat..
Ya Allah,wahai Tuhan kami,
bebaskan diri kami,ibu bapa kami,saudara mara kami, dan seluruh keluarga kami,
daripada azab seksa kubur & azab sengsara neraka..
ameen..

Thursday, May 7, 2015

Bunga

Indah!
Bunga bunga berkembang mekar
Tak layu tak jemu dipandang
Tenang dan senang. . .












Mahabbah Athirah
06/05/15 12:16pm

Sebelum berjaya

Sebelum tiba kejayaan, kau kena tempuh kepayahan, kau kena harung derita, kau kena KALAH. Kalah. Dan terus kalah. Biarlah 999 kali kau kalah pun, sebab yang ke 1000 kali tu kemenangan dan kejayaan tu akan terpahat 1001 makna yang paling berharga.
Jadi, jangan putus asa. Jangan mengalah. Jangan tumbang. Jangan pasrah. Bangun dan terus berlari lompat dan capai impian.

Mahabbah Athirah
03/05/15 08:36pm

Puisi dan teknik?



Rakan Muda Road to Putrajaya
Poetries Class With Mdm. Fynn Jamal



Dulu dulu aku minat dan involve dengan segala benda yang asal boleh panggil puisi | sajak.
Dulu dulu aku kosong kosong dalam pengetahuan apa itu puisi.
Tapi aku minat.
Sampai suatu masa aku digilap dilatih dan diterapkan semangat deklamator.
Sampai aku selalu kena marah kalau aku tak alert dengan segala pertandingan deklamasi puisi.
Sampai aku pernah kena pulas perut kalau teknik aku menyampaikan puisi salah.
Sampai aku rasa macam nak down.
Taknak jadi deklamator.
Tapi bila selalu kena peluk dengan pelatih,
aku bangun.
Habis sekolah, ilmu pelatih hebat itu aku pegang.
Sampai sekarang.
Cuma aku tak gunakan. Aku simpan.


Kelmarin.
Aku terpanggil dengan Rabak Master Class.
Aku tak fikir siapa sifunya.
Aku pergi. Sebab aku minat. Sebab aku rindu. Aku turutkan.
Belajar. Kutip. Tulis. dan Kongsi.
Lain orang, lain sifu, lain pendekatan, lain ilmu.
Terkumpul jadi satu. Diadun. Dicampur.
Aku berpeluang Mempersembahkan hasil gaya cara ilmu yang pelatih aku dulu ajarkan.
Didepan sifu baru yang hebat.
Komennya :
"Puisi yg aku cipta sangat bermakna. Bagus. Ada jalan cerita. Gaya persembahan menarik. Sangat menarik. Ala ala teater gitu. Mungkin sebab aku lebih kepada teater. (Memang minat aku juga). Cuma penyampaian aku mcm kasar sedikit. Tak tau samada marah atau sedih. Tapi Hebat!"

Maka, dicampur diadun diuli. Semua cara boleh guna. Pelatih Awal, sifu yang ini. Asal sampai kepada pendengar dan mereka merasainya, maka teruskanlah. Biar kita dengan identiti tersendiri. InsyaAllah, kalau ikhlas maka sampailah mesej kita pada mereka yang mendengar.

Aku lihat, Aku kaji, Aku tilik, Aku pandang satu per satu mata tika aku menyampaikan puisi, seolah olah mata mereka mengatakan bahawa mereka merasai apa yang aku hidangkan. Maka mereka diam. Bisu. Kaku. Mata mereka hanya tertumpu pada aku. Pegun.


Mahabbah Athirah
02/05/15 9:17am

Dia Muallaf



Alhamdulillah.
Dia kawan. Sahabat. Taulan. Dunia akhirat.
Dia istimewa. Terlalu istimewa.
Hari ini dia umpama bayi.
Lahir semula ke dunia tanpa cela.
Tanpa dosa.
Hari ini syahadahnya terlafaz.
Langit menangis.
Menyambut kembalinya dia bersama kita.
Ramai berpelukan.
Air mata jatuh terharu.


Selamat datang, sayangku sahabat.
Kau kini saudara kami.
Saudara seluruh umat islam bumi.

*Ketahuilah, dakwah ini takkan berhenti.
Dan takkan pernah berhenti hingga ke akhir nafas.
Biar buruk pandang mereka buatku.
Demi islam aku berdiri.
Andai jatuh, pautlah aku.
Naikkan aku kembali dgn semangat juang.

Aku tiada ilmu. Masih belajar. Dan mahu belajar.
Moga aku istiqamah.

p/s : Sempena islamnya Moh Yiing Yee a.k.a Aisyah Moh Yiing Yee

Mahabbah Athirah
05/04/15 03:39pm

Ulang tahun ibu



Selamat Ulang Tahun, ibu.
Terima kasih kerana menjaga tiap keperluan dan kesederhanaan buat anak²mu ini. 
Terima kasih kerana sentiasa disamping memberi kata semangat dan doa yang berpanjangan.
Terima kasih kerana sudah dan sentiasa menjadi kawan dan sahabat terbaik buat anak²mu.
Terima kasih kerana selalu membantu dan menyenangkan tiap kesusahan anak²mu.
Terima kasih kerana telah melahirkan, menjaga, membimbing anak² sehingga dewasa.
Terima kasih kerana sentiasa kuat membela nasib anak²mu yang lemah tak berdaya.
Terima kasih atas setiap air mata yang menitis dipipi kerana kasihmu yang berpanjangan.
Terima kasih atas tawa senyum yang hadir menggembirakan dan membahagiakan.
Terima kasih atas setiap air tangan yang mengalir di setiap masakanmu.
Terima kasih atas bebelan dan kesibukanmu melayan karenah degil anak²mu.
Terima kasih atas penat lelahmu menjaga kebajikan dan kesenangan.
Terima kasih atas segalanya.


Mahabbah Athirah
28/03/15 08:59am

Ulang tahun



Memori.
Ia tercatat dengan penuh garisan garisan istimewa.
Walau jauh dimata, tak kunjung tiba utk berjumpa, masa hilang dek kerja harian.
Tanpa bertanya khabar, malah tiada sapaan dan senyuman.
Namun jauh dalam sudut hati, masih ada ruang ingatan dan doa buat semua.
Hari ini, lewat sehari mereka datang. Membawa rezeki tak pernah dipinta. Membawa senyuman gelak dan tawa tak terhenti. Berkongsi cerita terlupa waktu berjalan laju. Mudah mudahan dipertemu lagi di lain waktu. In-syaAllah.


Mahabbah Athirah
27/11/14 07:23pm

Jujur

Mungkin susah nak jadi jujur. Sebab banyak aku kenal yang tak jujur. Lagikan persahabatan dan percintaan pun tak ditanam dengan kejujuran, inikan pulak kawan biasa. Lagi lagi baru sehari dua kenal. Mungkin jujur sukar dipraktik dalam kehidupan. Sebab mungkin bagi mereka tidak jujur bukan senang untuk ditindas. Lagi lagi yang pandai putar belit maklumat, fakta dan ketelusan. Apa ada pada jujur kalau jujur itu sendiri selalu ditindas? Sebab sikap jujur hanya pada yang lurus.
Sebab tu jugak jujur sukar nak ada dalam diri tiap insan. Sebab bagi mereka tiada insan tak pernah buat silap. Tapi tak salah rasanya kalau cuba utk tak buat silap.
Taknak jujur. Tapi dapat apa? Untung pada diri? Mungkin ada, tapi karma tak boleh lari dari bumi Allah. Allah tahu tiap kebenaran. Walau adrelin mana sekalipun kamu, tetap akan tumpas jugak.
Bagi aku, biar pahit mendahului jujur, sebab akhirnya nanti akan ditamatkan dengan kemanisan yang dijanjikan Allah.

Mahabbah Athirah
13/10/14 09:03pm

Nilai Sahabat

Keikhlasan dalam persahabatan apabila kita sama sama berkongsi tawa dalam kegembiraan. sama sama berkongsi tangis dalam kedukaan. sama sama berkongsi sukar dalam kesusahan. sama sama berkongsi senang dalam kemewahan.
bukan ditinggalkan saat sedang dihina, sedang terseksa merangkak kesusahan, sedang mengalir air mata kesedihan.
yang dinama sahabat,
pabila sifar bongkak. sifar bangga diri. sifar penting diri. sifar penipuan.
jujurlah walau ia pahit. jujurlah walau ia malu. jujurlah walau ia menjatuhkan air muka. sebab sebaik baik sahabat, akan menerima kamu apa adanya kamu. ada disisi kamu walau sukar mana jalan yg kamu lalui.
jujurlah sebelum kamu ditinggalkan sbb kebenaran pasti akan tersingkap.
inilah persahabatan. yang luarnya gembira, dalamnya tenang.
berbahagialah.
jika nilai persahabatan dihargai sesungguhnya.


Mahabbah Athirah
12/10/14 07:51am

JANGAN ANGKUH!!

Jangan terlalu bangga dengan kelebihan diri. Jangan riak bercerita tentang kesenangan dan kemewahan diri sampai mengada adakan hal yang tiada. jangan terlalu taksub dengan kehidupan sendiri sampai berkata hal hal yang diri sendiri tak pernah lakukan. jangan!! sebab segala semua yang kamu ada hanya pinjaman semata mata. satu hari, kalau Allah tarik satu per satu kesenangan dari hidup kamu dan kamu akan rasai betapa susah dan sukarnya hidup orang disekelilingmu. kerana apa yg kamu dapat bukan kekal selamanya milik kamu. ia sementara!! ::

*JANGAN ANGKUH!!




Mahabbah Athirah
08/10/15 02:03pm

Nikmat rezeki

Berpagi jam 5.30 am tiada apa bagiku, berkejar ke toilet dan solat diawal waktu. kuliah akan bermula jam 9 setiap hari, sempat untuk mengerjakan solat sunat dhuha, mohon murah rezeki. jam 8.30 am aku akan mula langkahku keluar dgn lafaz bismillah. Moga Allah berkati perjalananku ke majlis ilmu. dalam tiap langkah, terkadang aku cuba mengingat bait bait ayat Allah yang perlu dihafaz. kadang kadang aku leka dgn buku rujukan yg dibaca dalam perjalananku. aku lebih selesa melangkah satu per satu jalan dari memandu kenderaan ke kelas. pakcik pakcik guard yg sangat mesra dan lebih mengenaliku akan tersenyum dan menegur dgn hemah. terkadang mereka akan mula bergurau dan mengusik. aku hormati. awal pagi sudah tersenyum. tiap tapak perjalananku, akan mempertemu aku dengan junior junior kolej sbb aku ’super senior’. kadang terdengar dari kejauhan namaku dipanggil. aku dikenali dgn nama ’mahabbah’ ’athirah’ dan ada yg memanggilku ’ain’. memberi salam. bertanya khabar. indah ukhwah yg terbina. berkejar ke kuliah sbb aku lebih selesa duduk paling depan. sbb boleh paling fokus, paling dengar, paling dpt byk ilmu, paling senang faham. usai kuliah aku akan jalan balik. seperti biasa, masih ramai antara yg ditemui, mengenali. walau aku tak cam, mereka tetap menegur. ini balasan kebaikan bagiku. ramah. tak sombong. yang mengenali akan menghargai. yang tidak, hanya memandang dan menyimpulkan kesimpulan pandang pertama. ::


*inilah yang dinamakan nikmat dan rezeki. tiap yg bernafas dalam bumi ini adalah pinjaman dan harus disyukuri. jangan disia siakan. jaga hubungan dgn manusia. jaga hubungan dgn Allah.
*aku minta maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah tafsir, terkhilaf laku.


Mahabbah Athirah
02/10/14 01:25pm

Alhamdulillah, aku diuji

Kadang kadang kehidupan ini tidaklah seindah yg kita sendiri susun dan tempuhi. sbb kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang menentukan.
Jangan melihat pada jernih dan tenangnya air, sbb dasarnya belum kita tahu apa ada dalamnya.
jangan dinilai dengan mata kasar yang melihat dan mengamati, sbb belum tentu ia tepat dan indah sebelum mengenali.
Sehebat mana pun kamu memuji dan memerlukan mereka, Allah pasti lebih mengetahui tiap kurang lebih perkara tersebut.
Biar kebenaran terselindung dibalik keikhlasan sbb tiap yg baik akan datang selepas keburukan atau kejijikan.
kadang cemburu dan ego menguasai. tidak pernah puas dengan nikmat persahabatan dan kasih sayang.
cuma mereka akan hargainya bila kita sudah tiada disini nanti. percayalah.
berdiri dengan sendiri.sendiri melayar bahtera kehidupan. tanpa perlu disusah dan menyusah. Alhamdulillah, aku diuji.


Mahabbah Athirah
20/09/14 06:52am

Wednesday, May 6, 2015

Tuhan yang Hilang

Kosong. . .
Sepi. . .
Mencari cari tiap derau darah
Mengalir.
Mencari cari tiap degup jantung
Berdetak.
Mencari cari Tuhan yang hilang.

Dimana kemana darimana
Dari hujung sini ke hujung sana
Hilang!
Mencari menggali
Tak terlihat tak terjumpa.

Terduduk-kaku terdiam-tak terlena
Kelu tak berkata
Hilang entah dimana
Tiada tujuan tiada jalan.
Tuhan hilang
Hilang dalam hati
Hilang dalam diri
Hilang dalam. . . dalam. . .
Kosong. . . !


Mahabbah Athirah
02/05/15 12.00pm

Pesan buat Ramadhan

sudah genap ramadhan yg ke-28..
esok, in-syaAllah hari terakhir utk kita berpuasa mengikut kalendar hijri..
terasa sayu sangat-II bila ramadhan dah semakin menjauh..
kat sini, Aien sertakan sebuah monolog dari hati Aien sendiri..


Pesan Buat Ramadhan


"yaAllah, bagaikan baru semalam aku merasakan bahang ramadhan,
masih terasa panasnya nikmat ramadhan,
tika menahan lapar dan dahaga, menahan amarah, melatih diri bersifat sabar, merasai terjalinnya sebuah ukhwah harmoni, berkongsi susah duka bersama. indah.
tidak aku sedari, ramadhan ini sudah semakin meninggalkanku,
berlalu pergi jauh dan tak kupasti adakah ia bakal kutemui kembali.
saat ini, aku terduduk hiba, bagai kehilangan kasih yang telah lama kudambakan.
aku menangis sayu, saat pemergiannya semakin menjauh,
bagaikan lenyapnya sebuah bantera cinta yang telah lama kutunggu.
bibir masih menyeru agar ramadhan tidak pergi,
hati masih memohon agar ramadhan tidak berlalu.
sungguhnya, ini bagaikan ramadhan terakhir buatku.
ramadhan yang membawa seribu erti dalam menyalakan obor semangat.
andai ini ramadhan terakhir buatku, ya Tuhan......
Kau terimalah segala amalku, ampunkan dosaku, kurniakan segala sesuatu yg terbaik buat diriku.
andai ini ramadhan terakhir buatku, ya Tuhan......
Aku pohon agar ramadhan ini adalah ramadhan yg terindah buat tiket utk aku merasai nikmat syurga-MU..
ya Ramadhan, sungguhnya.... Aku kan sentiasa merindui kehadiranmu."





Mahabbah Athirah
17/08/12 05:48am

1001 bicara dalam satu potret

semalam....
aku bertanya pada langit,
apakah khilafku sehingga aku diuji begini berat?
dimana pula silapku sehingga mereka menghukumku?
aahh,aku buntu ant 2 pilihan..
kesempurnaan atau kebahagiaan?
namun tiada jawapan yg mampu dikarang..


lalu, berjalan aku menyulusuri tiap ranjau berduri,
hati ini masih terasa disiat2 hebat..
lukanya dalam..
mungkin sukar utk dicari penawarnya..
wahai hati yg terluka,
maafkan diriku adanya...

namun hari ini....
aku sedari, betapa kasihnya Penciptaku..
masih mampu aku menghirup segar udara pinjamanNya..
hari ini, masih mampu aku tersenyum dgn bahagia,
tangisku pasti krn ketabahan..


alhamdulillah, 19 tahun aku masih bernyawa,
19 tahun aku peroleh cinta dariNya
19 tahun aku peroleh kasih & sayang -Nya..
19 tahun aku mampu tersenyum & menangis.. :')

_____________________________________________________________


mungkin tak siapa mampu tafsirkan senyum ini..
kadang senyum ini terlihat dgn keikhlasan..
tanpa ada calitan kedukaan di wajah seri..
namun di balik senyum itu juga,
terkadang punya ceritera duka yg tersembunyi..
ia dicalit dengan kenangan pahit nan pedih..
entah siapa yg dapat tafsirkan..


err~ bukankah sinar mata mampu mentafsirkan segalanya..?
mungkin tidak bg yg tidak pernah mengerti apa2..


sungguh!
ujian ini terlalu berat utkku teruskan perjalanannya yg berduri & berliku..
ku mengharapkan Dia mengirimkan penyuluh sinar lurus buat jalan hidupku..


entah siapalah yg mampu teruskan perjalanan layar hidup bersamaku..
sungguh! aku memerlukannya saat ini..
kala aku bersendiri, menginginkan senda & tawa,
yg pasti bisa menghiburkan hati yg sering berduka & terluka..
Ya Allah, sesungguhnya aku hanya bermohon petunjuk dari-Mu..
tunjukkan aku ke jalan kebahagiaan, ke jalan-Mu ; Tuhanku!
amin~ :')


# biarkan aku melangkah pergi,

pergi menuju kaki bukit nan tinggi sunyi,
disana kuharapkan sujudku mampu menggapai cinta satu,
disana kuharapkan tercapainya indah warna warni pelangi,
disana kuharapkan bisa didakap pelukan kasih nan satu,
disana kuharapkan termampunya aku bermandikan air mata pengorbanan,
juga disana kuharapkan yg terindah senyum ini terukir..
demi mengejar syurgamu, tuhanku....



_____________________________________________________________

aku bukanlah wanita solehah bak siti Khadijah
namun aku punya niat yg suci..
aku bukanlah wanita yg tabah bak Sumaiyah,
namun aku punya jiwa yg sabar..
aku bukanlah wanita yg cantik pandangannya bak Balqis,
namun aku punya hati yg ikhlas..

kadang2 aku tidak peroleh apa yg aku inginkan,
namun Allah telah berikan apa yg aku perlukan..
kadang2 jiwa memberontak mencari kasih,
namun tanpa sedar cinta pencipta sentiasa hadir..
kadang2 aku menangis dlm kesesakan ujian Tuhan,
namun dlm lena hadir sebuah ketenangan..
besarnyaaaa nikmat hidup di muka bumi..

*aku...bkn wanita seperti yg kau idamkan,
namun aku punya hati yg inginkan kebahagiaan,
persis seperti hatimu yg menginginkan senyum tawa :)

dan terkadang,senyum itu tak bermakna hati sedang gembira..
biar luar kelihatan tenang,
jgn alirkan stiap duka diwajah sempurna..
kerana wanita yg tabah sentiasa tersenyum walau diuji,
sebesar petala langit.. :)

_____________________________________________________________

perjanan hidup ini masih panjang,
jalannya berliku, berduri..tertusuk terjatuh itu lumrah,
bangun kembali jangan dikeluh putus asa,
biar salah terlanjur khilaf jadi pengajaran,semangat terus mencapai cita2..
tuliskan dipasir pantai segala kesilapan manusia pada diri,
biar hilang dibawa ombak deras..
teruslah berjalani menuju kaki langit, carilah indahnya warna warni pelangi..
kekalkan ukiran senyum dibibir, itu tanda ketabahan diri yang diuji..
teruskan mensyukuri apa didepan,
pahatkan keindahan cinta yang Satu dihati..
(sebuah pesan dari ku buat sahabat serta diri)






(Mahabbah Athirah '11)

hadirnya mata ini

ramai org berbicara..
berbicara tentang hadirnya mata ini..
mata yg terkadang khilaf dalam penglihatan..
mata yg terkadang menangis rindukan tuhan..
mata yg terkadang melihat segala isi jadi bumi..
ya! mata ini juga yg terkadang menyaksikan indahnya panorama alam..


ramai org berbicara..
berbicara tentang hadirnya mata ini..
mata ini yg mampu melihat 1001 memori..
mata ini yg mampu menyisipkan beribu impian dan harapan..
ya! mata ini juga mampu mengalirkan sejuta kali kedukaan..


ramai org berbicara..
berbicara tentang hadirnya mata ini..
sehingga mudah bibir mereka melafazkan..
"aku jatuh cinta dgn matamu"


ini yg teragung pernah aku miliki..
kurniaan tuhan buat diriku yg serba kekurangan..
indah mata ini bisa membuatku tak keruan..
bersyukur atas nikmat kurniaan...
dan dari mata inilah tersimpan 1001 rahsia hidupku..
sebagai cucu Adam di bumi sementara.. :')


Mahabbah Athirah
18/11/11 04:13am

Bicara seindah pelangi

si kecil ini lahir dgn tangisan..
lahir dgn tangisan bahagia bisa melihat bumi indah,
besarnya ciptaan Tuhan..


si kecil ini lahir dgn panggilan mak diawal bicara,
lahir dengan penuh kebanggaan mengukir senyum dibibir ibu..
indahnya ketentuan Tuhan..


si kecil ini lahir dengan jiwa paling besar tatkala menatap mentari,
mengira tiap kerlipan bintang,
mewarnai tiap lapisan pelangi,
menadah titis hujan jatuh kebumi,
meneliti tiap guruh petir nan menyambar..


si kecil ini merangkak satu demi langkah,
berjalan dan terus berlari,
mencari nur yg pastinya hadir buat diri..
merdu lafaz alunan zikrullah menghiasi tiap ruang jiwa,
diajarkan ketabahan nan kental dalam hati,
teruskan perjalanan dgn kesabaran yg dibekalkan..


si kecil ini melarik tiap suka duka sebagai memori,
biar terluka terkena tusukan duri,
biar sakit pusing dlm menempuh onak berliku,
harapan biar sampai terus mencapai bahagia..
bahagia dunia, bahagia akhirat.. amin~


Mahabbah Athirah
11/10/11 09:48pm

pesan buat kalian

ini hanya sebuah coretan,
coretan tanpa harga,
coretan buang masa..
namun coretan ini coretan pesan,
pesan buat teman,
buat watan di laman cita..


____________________________________________________


"teman
kejarlah citamu setinggi langit
capai harapanmu sesinar indah bintang bintang
tanamkan semangat padu seluas hijaunya bumi
semaikan lurusnya niatmu sesuci embun
gubahlah kesabaranmu dengan tingginya iman..
andai kau tersungkur.....rebah
itu lumrah..
bangun kembali gapai impian tercipta
biar kembara citamu jadi pembakar
biar kembara hidupmu jadi alunan hebat memori
biar kembara usiamu jadi merdunya lafaz syukur.."


___________________________________________________


coretan ini buat anda..anda..juga anda..
sematlah ia dalam dalam hatimu..
teruskan langkahmu dialun lurusnya niat
sertakan perjalananmu dijahitkan kesabaran
perjalananmu biar dengan indahnya keikhlasan
tanamkan semangatmu biar berpanjangan..


pesan ini buatmu dari aku insan kerdil,
yang lemah tanpa iman sekuat batuan,
namun citaku bak sinar bintang bekerlipan,


Mahabbah Athirah
19/04/11 05:38pm

rindu Muhammad

assalamualaikum (=
 
"Aien,saya taw saya mungkin akan pergi dulu
dari kawan2 saya..
andai mati itu dapat membuatkan saya bertemu Rasulullah,
saya lebih rela mati,
dari berterusan berbuat dosa atas dunia.."


menitis sepi air mata kepipi
sedih.resah.terharu.
entah mana satu perasaan ini benarnya?
 
"Aien terkejut ke,
saya cakap saya rindu Rasulullah?"


_________________________________________________________


tidak,sahabat! sama sekali tidak!
sungguhnya aku bahagia untuk itu
rindu buat baginda rindu terbesar umatnya
rindu buat baginda rindu mulia makhluk Tuhan
dan rindu buat baginda rindu terhebat khalifah bumi.


sahabat,
sungguhnya tersingkap sirah sejarah terulung
buat pedoman umat umat akhir masa
dimana tabahnya tak terlawan keras karang dasar lautan
kisahnya terukir indah menjadi ajaran.
dunia ini tunggu detik hancur tanah terbelah langit
tidak tahu detik mana tibanya nanti
mungkin esok atau lusa
mungkin juga malam malam gelap ini.
sudah dititip Muhammad dengan dua wasiat agung
sudah diperingat Al-Amin dengan hukum akhirat
sudah disemat utusan Allah dengan doa berpanjangan
dan pastinya harapan baginda besar untuk umatnya.


sahabat,
ingatkah dikau saat Izrail hampiri Rasul?
ingatkah dikau air mata sahabat Al-Amin menitis hiba?
dan ingatkah dikau bibir baginda hanya menghalusi "umati"?
sungguh! mulianya hati baginda!
disini! saat ini!
mana tubuh yang mengingati baginda?
mana jasad yang memuja baginda?
mana hati yang menyintai baginda?
dan mana jiwa yang merindui baginda?
hanyut! leka dengan arus duniawi!
sungguh! pemikiran itu alpa sirah baginda!
dibuang jauh sunnah terpuji
dicampak hebat Al-Karim sahih
dan sungguh! ia tenggelam dalam dalam ombak dugaan

benar,bukan?
namun saat ini juga terpanah hebat nur sejati
ucap indah dari bibirmu berhijrah ditelingaku
pantas hati berbunga bahagia
titis titis jernih membasuh pipi merah
"AKU RINDUKAN RASUL TUHAN!"
penawar! penawar ketenangan paling agung
selawatlah sesungguhnya keatas Nabi Muhammad,
Pesuruh Allah yang Mulia.."


____________________________________________________
 
*ini hanya bisikan indah dari jiwa jiwa tenang,
ini hanya bisikan murni dari hati hati yang rindukan baginda,
Muhammad S.A.W ('=




trimas buat sahabatku,MUIZ AZIZ..
dikau sungguh sahabat sejati,
elok pada paras,
indah pula dihatimu..
sungguh! aku bangga miliki sahabat persis dirimu!
puisi ini : 6.35 pm : 11 Apr 2011

Wanita

assalamualaikum (=

*sungguh! bersyukur aku dikurnia rupa wajah sempurna begini,
kerana nikmat dr Tuhanku yg Satu menandakan kasihNYA..
*sungguh! bersyukur aku dijadikan wanita tidak secantik Balqis,
kerana nanti takut aku tenggelam dlm noda manusia..

ini bisikan halus lembutnya hati wanita..
ini bisikan halus lembutnya jiwa wanita..
jgn sskali meletakkan bisikan ini bisikan sampah,
kerna bisikan ini bisikan tulus dari dalam dalam jiwa hati wanita..
sungguh!

"sungguh!
dunia ini menggunung dengan cobaan
dan cobaan yang berat itu adalah wanita
kerana wanita,bakal musnah seisi dunia
kerana wanita juga,bakal indah hari hari hidup insan
namun,jangan sesekali menilai wanita dengan paras wajahnya
kerana ia bakal mendustai segala
nilailah ia dengan hati yang dimiliki..
sungguh!
benarlah wanita itu tinggi martabatnya
diangkat mahkotanya semulia insan
namun ada yang melempar jauh jauh nikmat kurniaNYA
dijalanan penuh bangga dengan anai anai dunia
detepian hancurnya diri dengan pil pil perosak
sesat hebat dibumi nyata..!
dalam titian hayat ini
seharusnya cekalkan hati kukuhkan iman
bukan lagi mengharap kurnia hadir sendiri
tanamkan semangat luruskan niat
bukan hanya menopang dagu menunggu restu
wahai insan sijejaka dunia
pimpinlah dirimu mencari nur adanya
jangan jatuh kerana wanita
diawalnya dikau pemimpin,diakhirnya pemimpin itu kau jualah
dapatnya nanti dia kau pimpin mencari redha
menyemai syukur menanam cinta
buat Tuhan yang Esa!
sungguh! bakal kau bahagia adanya.!


Mahabbah Athirah
05/04/11 05:54pm

Al Fatihah

kata sifu :
"biarlah bagaimana penulisan itu,
yg penting apa yg mahu disampaikan & cara kita menyampaikannya..
sampaikan ilmu2 Allah sebaek2nya..in-syaALLAH"

_________________________________________________

ini bisikan sebuah pengharapan semua2 umat Muhammad.!
ini bisikan penuh impian semua2 makhluk tuhan yg Satu.!

"semalam berdiri aku dijendela,
melihat kerlipan bintang2 langit gelap,
sungguh! indahnya panorama ciptaanNYA..
dengan nama Tuhan yg Maha Besarnya Kasih & Sayang,
segala puji2an baginya Tuhan sekalian alam..
sungguh! Dia Pengasih,Dia Penyayang!
Dia Pemilik Hari Pembalasan,Dia Segalanya!
dalam gelapnya malam2 tanpa cahaya,
dengan sifar bantuan jua pengharapan,
sujud aku sembahan sepenuhnya hanya DIA,
ya,hanya DIA yg aku mohon pertolongan,bantuan seadanya..
dalam jalan berliku berduri
bisa mencucuk halus bak sembilu..pedih!
dan sungguh!
Dialah harapan yg meluruskan jalanku yg bersimpang,
hanya Dia yg mampu anugerahkan cahaya lurus indah..
biar nikmatnya persis bak mereka yg beriman,
bukan pula jalan yg berliku,
hingga akhirnya sesat tanpa penghujung..!"
'lurusilah niatku hanya kerana-MU,wahai TUHANku..'

halusnya sebuah pengharapan,
dari tinta usang yg berlagu impian;
Mahabbah Athirah
31/03/11 08:38pm


p/s : jika mereka ketahui,maka halusinya dgn kesyukuran,
sungguh! besarnya tiap kalimat ummi sgala surah!

tinta usang ini melorek liku lagi

assalamualaikum..

payah..payah utk aku selami hati2 manusia yg sedang bercinta..
seolah2 aku tidak pernah merasai nikmat cinta manusia..
aahh..nikmat cinta manusia bukanlah indah seperti nikmat cinta pd Tuhan..
namun sebagai insan lemah dimuka bumi,
pastinya terkandas jua dalam liku2 ceritera cinta..

1.
tarian penaku terhenti seketika..
saat hatiku berbelah bagi dlm 2 simpang kehidupan..
buntu..tak tahu mana bahagianya..
maafkan diriku yg khilaf ini,wahai insan... =(
2.
hati ini masih terasa disiat2 hebat..
lukanya dalam..
mungkin sukar utk dicari penawarnya..
wahai dua hati yg terluka,
maafkan diriku adanya...
3.
apakah khilafku sehingga aku diuji begini berat?
dimana pula silapku sehingga mereka menghukumku?
aahh,aku buntu ant 2 pilihan..
kesempurnaan atau kebahagiaan?
4.
hatiku tetap dgn 1 jalan yg mungkin lurus,
jalan yg rasakan bakal temui bahagia..
pintaku agar jalan ini jalan indah,
yg ditepiannya penuh duri2 berbunga,
agar nanti mampu kucoretkan ceritera indah memori..
memori TINTA HATI MILIK AIEN (=

*biar hati ini menanggung pilunya nasib,
biar jiwa ini terseksa luka pedih sendirian,
nanti akan manislah dihujung kisahnya..
in-syaAllah (=

Mahabbah Athirah
20/03/11 07:26am

cinta?

cinta..
pedih.sakit.
itu yg seringkali dirasakan.
mana bahagia? sementara.
cinta..
indah.manis.
itu yg seringkali diharap disemai dlm2 hati.
mana hujungnya? hilang pergi.
cinta..
sukar.payah.
itu yg sering dikeluh diucap.
mana mudahnya? dlm angan.mimpi.
cinta..
cinta itu satu.
cinta itu esa.
cinta itu ahad.
cinta.hanya pd pencipta cinta.
cinta pencipta mengajar kita erti cinta sejati.

p/s : bukan mudah mencari cinta sejati..
bukan juga sukar mendapatkannya..
hanya iman dalam hati yg bisa menjawabnya..
renung2kan (=

Mahabbah Athirah
04/03/11 10:33pm

monolog kehidupan..

aku tidaklah sesempurna Khadijah yg layaknya memiliki hati si Muhammad..
aku tidaklah sehebat Hajar dgn ketabahan & kesabarannya yg cukup besar yg semampunya memiliki takhta wanita tabah..
dan aku tidaklah seindah pandangan Balqis yg sebolehnya memiliki Sulaiman..
namun dari kekurangan itulah aku cuba & terus berdiri..
berjalan & takkan berhenti berjalan mencari redha..

walau pakaiku tak cukup sempurna untuk menutup aurat,
walau bibirku jarang kali menyeru Rabbi,
walau langkah kakiku tanpa sepotong niat,
dan walau wajah ini tanpa jernihnya wuduk,
namun hati ini penuh syahdu masih mampu menyebut Rabbi Azza Wajalla,
mencari sucinya cinta yg satu..
mungkin hati ini bisa menipu sukar dibaca kebenaran,
namun pandangan mata mana yg mampu berdusta?

lirih senyuman dibibir menyaksikan indah panorama semulajadi alam..
menyedari kehidupan si insan persis sekali dengan senario,
aliran sungai2,bintang2 kerlipan menghiasi langit gelap,
munculnya indah warna pelangi setelah turunnya hujan,
kepulan2 awan yg menghiasi luasnya langit,
terbangnya burung2 bernyanyi riang,
juga perjalanan si semut kecil di bumi..

kadang,takutnya bumi terbelah dua,
langit luas retak beribu,
langkah tak henti mencari bantuan,
idea hilang lidah terkelu..
bagaimana harus diri diselamatkan?
lari bertempikan orang2 keliling,
menangis hiba si anak kecil,
si ibu lemah tanpa semangat,
si ayah hilang mencari lindungan..
nun dihujung sana,
masih tersenyum manis dengan wajah indah,
suci dgn wuduk,bibir tak pernah kering menyeru Rab,
hati tak pernah alpa mengingati yg Satu..
mereka tak gentar dgn terbelahnya bumi,retaknya langit..
dimana aku? adakah masih mencari iman?
mungkinkah aku berada dalam golongan si anak yg menangis hiba?
atau  dalam golongan si ibu yg menangis terus tanpa semangat?
atau seperti si bapa yg berusaha mencari perlindungan sendiri?
dimana tempatnya aku disana?
air mata berjuraian..bersediakah aku menempuh saat ngeri itu?
mampukah aku berdiri melawan si pemusnah insan bersama sedikitnya iman?
mampukah?

berdiri diatas tingginya bukit2,
menghirup damainya bayu segar,
senja melabuhkan tirainya,
burung2 terbang kembali ke sarang,
hujan renyai2 terhenti,
kepulan2 awan putih memenuhi ruang langit,
warna2 indah pelangi memancar kebumi,
indah andai aku betul2 berada dikaki pelangi itu.!
namun mungkin ia tak tercapai akal juga fitrah insan..

kehidupan..
satu filem terhebat bakal ditonton berjuta umat di sebuah luasnya padang..
maka hiasi filem itu dgn cinta & rindu Tuhan yg Satu,
tuliskan skrip filem dgn zikrullah,
juga jadikan pengarah terhebat yg mampu menyusun cerita2 itu kejalan yg satu,
aku? dimana aku saat itu?
masihkah mencari redha Ilahi?
atau masih berusaha untuk cuba menjadi pengarah terbaik?

wahai hati,berdirilah dikau mencari nama yg Satu.!
wahai nafsu,tunduklah dikau dgn kebenaran.!
wahai kaki,langkahlah dikau dgn niat yg suci.!
dan wahai bibir,serulah dikau dengan nama2 indah yg Satu.!
juga sucikan wajah dengan basahan suci wuduk.!

coretan hati,
Aien Atiera
26/02/11 6:10 pm