بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,Ya Tuhan kami,
panjangkanlah umur kami,sihatkanlah tubuh badan kami,
terangkanlah hati kami, tetapkanlah kami dalam keimanan,
perelokkanlah akhlak kami,hampirkan diri kami kepada kebaikan,
murahkan rezeki kami,dan jauhkan diri kami daripada kejahatan,
tunaikanlah hajat kami,mengenai urusan agama dunia & akhirat..
Ya Allah,wahai Tuhan kami,
bebaskan diri kami,ibu bapa kami,saudara mara kami, dan seluruh keluarga kami,
daripada azab seksa kubur & azab sengsara neraka..
ameen..

Wednesday, June 17, 2015

Students & Assignments

:: "Assignment ni siapa yang buat?"
Mula tergagap² lah nak jawab, siapa yang settle kan A-Z assignment tu. Maklumlah. Kerja berkumpulan.
"Jangan risau, saya ni orang yang adil. Saya bagi markah kat sape yang buat kerja jer."
Lagi... Tak sampai hati nak mengaku. Tak sampai hati nak berterus terang.
"Kak Ain yang buat kebanyakannya, ustaz. A-Z" dia jawab.
"kamu?"
Dan aku pula bersuara, "Dia buat. Dia cari bahan."
"Siapa tak buat? Baik kamu jujur."
Dan demikian itu, keterlanjuran kejujuran terungkai tersingkap. ::

Inilah 1st time and ever, ustaz bertanyakan tentang kerjasama kumpulan dalam mengerjakan assignment. Beliau beratkan kerjasama. Kejujuran. Dan keadilan.

Life university students,bila buat grouping assignments, mesti ada antara mereka tak bagi kerjasama. Sampai satu tahap, ada yang buat kerja sorang sorang A-Z. Isi nama semua ahli group. Lebih pentingkan dan terlampau jaga hati kawan, bukan takut hilang kawan, tapi sama sama nak berjaya habis belajar. Cumanya cara kita salah. Kalau nak sama sama berjaya, bukan dengan suapkan dia nasi. Tapi biar dia usaha suap sendiri nasi tu. Namun apa daya, semua orang pun pasti pernah lalui.
Siapa lompat paling tinggi, dia menang. Siapa usaha,dia berjaya.

20 May 2015 09:28pm

3 comments :

  1. nice entry pasal student assignment :) Pernah jugak dapat groupmate macam nih, kerja xnak buat ;\ markah nak pulak

    ReplyDelete
  2. salam ziarah ...
    wah baru menjalan diblog awk.
    awak penulis? hihihi saja tanya.
    be student succes insyaALLAH

    ReplyDelete
  3. Yanie lebih suka assignment individual berbanding grouping..selama 3 tahun stdy di uni, most of student sukar beri kerjasama tapi markah sama..even lecturer kata jgn jadi pembonceng tp still ada lagi..apapun muhasabah diri dan ikhlaskan diri dalam tanggungjawab.. :)

    ReplyDelete