Menulis ni sebenarnya suatu kepuasan.
Yang ikhlas yang lahir dari hati.
Bila kita dah menulis,
Dah luahkan segala apa yg kita rasa melalui penulisan,
Kita akan rasa puas.
Dan kemudian akan terus menulis dan menulis.
Penulisan ni, ada banyak jenis, salah satunya puisi.
Sebuah kepuasan itu akan lahir sebuah puisi dimana ia menceritakan perihal diri kita,
Rasa perasaan kita, samada benci, sayang, cinta, rindu, suka dll
Tanpa berpolitik.
Ia terus. Datang dari hati kepada sebuah tulisan.
Hanya yang memahami mampu faham apa yg kita cuba fahamkan tentang ceritera diri ini.
Kadang² cerita yg kita tulis,
Kisah dan tauladannya ada pada orang lain.
Secara tak langsung, kita berkongsi setiap rasa itu.
Maka, cari dan galilah ia.
Melalui tulisan tulisan ini.
Dan, sebenarnya aku teringin dan mahu berkongsi rasa.
Berkongsi tulisan dengan mereka yang berminat.
Berminat mahu berkongsi, dan melampiaskan kata dgn tulisan.
Dan aku mahu, komuniti ini ditubuhkan.
Dikembangkan dan dikenali.
Biar ramai yang mengenal kita yg bermahabbah bersama tulisan.
Jom!
Jom!
Sama sama mencuba. Dan merai.
Merai Komuniti penulisan yang umpama kongsi gelap ini.
No comments :
Post a Comment