بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,Ya Tuhan kami,
panjangkanlah umur kami,sihatkanlah tubuh badan kami,
terangkanlah hati kami, tetapkanlah kami dalam keimanan,
perelokkanlah akhlak kami,hampirkan diri kami kepada kebaikan,
murahkan rezeki kami,dan jauhkan diri kami daripada kejahatan,
tunaikanlah hajat kami,mengenai urusan agama dunia & akhirat..
Ya Allah,wahai Tuhan kami,
bebaskan diri kami,ibu bapa kami,saudara mara kami, dan seluruh keluarga kami,
daripada azab seksa kubur & azab sengsara neraka..
ameen..

Sunday, June 21, 2015

Dakwah?

"Diri sendiri tak betul, ada hati nak tegur aku! Betulkan diri kau dulu, baru tegur aku!"
"Tak payahlah nak berdakwah sangat, iman kau pun bukan tinggi mana nak berdakwah!!"

Awak, tahu tak apa makna 'dakwah'? Makna paling simple yang semua orang faham, 'ajak orang buat baik.'
Istilah lain dakwah maksudnya, 'Mengajak manusia kepada agama Allah melalui perlakuan dan perkataan yang baik dengan petunjuk/hidayah Allah.'
Awak tahu tak apa hukum dakwah? WAJIB!! Wajib bagi setiap individu.
Kalau awak nak tunggu diri sempurna, baru nak dakwah, baru nak ajak orang buat baik, sampai bila pun dakwah dan kebaikan takkan berkembang. Kalau kata ada yg masih belum islam, memang tak tahu akan islam, atau makna kata lain mesej islam belum sampai pada dia, siapa yg patut dipersalahkan? Bukan kita ke? Yang islam, wajib menyampaikan. Kalau kawan kita tak solat, siapa lagi nak bertanggungjawab ajak solat? Bukan kita ke? Kalau kawan kita mencuri, siapa yang bertanggungjawab menegur kesalahan dia? Bukan kita ke?
Fikirkan...
Kalau awak kata, "tak guna kau tarbiah orang, kalau diri sendiri takde tarbiah"
"Kau nak buat baik buat apa? Dah confirm² hidup kau takde iman!!"
Mana kau tau iman dia tinggi mana? Mana kau tau amalnya?
Semua tu, hanya dia dgn Allah jer yang tahu. Sekurang²nya dia cari pahala dgn dakwah kebaikan dia. Ada tempat di sisi Allah dgn keikhlasan dia. Dari kita, yang belum tentu hebat di mata Allah.
Jangan dipersoal tentang amalnya. Entah kita tidak tau dimana kita dimata Allah.


"Kadang² hati kita perlu terasa atau terusik dengan teguran orang lain terhadap kita."
Bila kita ditegur, terimalah dengan hati yg tenang dan lapang. Biar pahit, kerana ia tarbiah manis sebenarnya utk hati yang takut dan tak suka dgn teguran.
Tak percaya? Cuba satu hari kita ditegur, mesti kita akan tarik muka dengan orang yg menegur. Kemudian menjauhkan diri. Lepas tu perli sana sini. Lepas tu tak habis² pertahankan diri sendiri dihadapan orang lain. *senyum*
Jangan takut ditegur. Jangan melatah bila ditegur.
Terima setiap nasihat dan patah kata serta pendapat. Lagi² bila seorang kawan yang menegur. Bukan mahu menukar keadaan jadi kacau bilau atau mengundang pergaduhan. Tapi mereka lah sahabat yang menyayangi yang tidak mahu kamu terus ikut jalan yang salah.
Bersyukurlah selagi ada yang menegur.


*Sebab aku dulu pernah ditegur, semalam dan hari ni pernah ditegur. Esok lusa pun akan ditegur.
Aku pernah dikasari dengan teguran. Pernah menangis dgn teguran. Tapi dengan teguran itulah aku bangun dan muhasabah setiap salah dan kurang diri aku.
Terima kasih, sahabat yang pernah menegur. Lillahi taala, aku menyayangi kalian.

Maaf, kawan. Saya berkasar. Sudah berkali saya memperingat. Tapi kawan masih ulang. Ulang. Dan ulang lagi.
Saya bukan manusia sempurna juga, sama mcm kamu. Ada salah ada silap. Tapi tolong, jaga perkataan, jaga hati.

Bak kata Xifu ; Bro Lim Jooi Soon :
(tak mahu berdakwah, no problem. Jangan buat hal)
" Sekiranya kamu tidak boleh membawa orang kepada islam,
Jangan jadi penyebab orang lari dari islam."

No comments :

Post a Comment