بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah,Ya Tuhan kami,
panjangkanlah umur kami,sihatkanlah tubuh badan kami,
terangkanlah hati kami, tetapkanlah kami dalam keimanan,
perelokkanlah akhlak kami,hampirkan diri kami kepada kebaikan,
murahkan rezeki kami,dan jauhkan diri kami daripada kejahatan,
tunaikanlah hajat kami,mengenai urusan agama dunia & akhirat..
Ya Allah,wahai Tuhan kami,
bebaskan diri kami,ibu bapa kami,saudara mara kami, dan seluruh keluarga kami,
daripada azab seksa kubur & azab sengsara neraka..
ameen..

Tuesday, July 14, 2015

Kem Ramadan - Yeo's Malaysia

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dua hari lepas pada 11hb julai, aku berpeluang menyertai kem amal ramadan bersama yeo's dan artis artis terkenal seperti Nad Zainal, Ajak Shiro, AG, Heliza Helmi, Akim Ahmad dan Atikah Suhaime.


Sesampai jer di lobi Shah Alam Convention Center, terus cek nama dan mendaftar. Yeo's bekalkan tshirt bersama goodies bag yg mengandungi name tag dan juga frame. Kami berkumpul di hall 2 sambil menunggu peserta lain tiba. Seramai lebih kurang 300 peserta menyertai kem ini. Peserta terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan bangsa seperti india dan cina.

Tepat jam 9.30 pagi acara dimulai dengan bacaan doa oleh pengacara majlis sendiri. Dan dirasmikan oleh artis artis yang turut serta dalam program ini. Penyerahan cek juga berlangsung dengan ringkas dan jayanya.


Kem ini menyeru semua peserta untuk menyahut cabaran sambil berpuasa seperti kami umat islam sedang kerjakan.
Cabaran pertama, kami diminta untuk melakukan senaman atau tarian ringkas sebanyak 3 jenis mengikut lagu. Oh!! Memenatkan tapi sangat dan terlampau enjoy.

Kemudian, cabaran seterusnya adalah kami diminta untuk membersihkan dan menghias rumah rumah anak yatim mengikut kumpulan yang telah diagihkan pada awal pagi. Aku bersama team Atikah Suhaime.
Kami ke teratak Nur Barakah yang terletak di Shah Alam. Terdapat dua buah rumah iaitu perempuan dan lelaki dan kami diberi tugas mengikut task yang telah disediakan. Ada yang cabut rumput, cuci toilet, cuci tingkap, kipas, ada yang bermain bersama anak anak yatim, susun kasut, menghias rumah dan lain lain lagi.


Yang paling menarik perhatian aku bila platon kami, berbangsa cina sangat hormat dan ambil berat tentang ibadat kami orang islam. Sedang yang lain leka dengan tugas tugas yang diberi, platon platon mengingatkan kami tentang solat dan memberi kami ruang untuk membersihkan diri dan bersolat. Tabik!!

Selesai task yang diberi, sesi bagi duit raya kepada anak anak yatim oleh Atikah Suhaime pula berlangsung. Simple tapi seronok!
Balik ke SACC, tengok hall dah siap dengan meja dan dah siap dengan air dan makanan buffet. Sementara nak menunggu tu, aktiviti cabutan bertuah pula berlangsung. Kemudian aktiviti menunjuk bakat. Memang terbaik aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak yeo's.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Peserta peserta berjaya menyahut cabaran dengan berpuasa sambil menghabiskan setiap tugas yang diberikan.
Maka kami meraikan kejayaan dengan berbuka puasa bersama sama peserta kem, artis artis dan jemputan dari Jakim. Inilah first time, aku berbuka dengan peserta peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.



Semoga pihak yeo's dapat teruskan kerja kerja amal ini pada tahun hadapan dan tahun tahun seterusnya.
InsyaAllah.
Tk :)

No comments :

Post a Comment